Loading ...
Loading ...

Nov 24, 2025

TANGISAN BIDAN KAMPUNG (LUBUKPUAKA)

 


Kisah klasik seram tentang Mak Senah, seorang bidan kampung yang pernah menyambut kelahiran ramai bayi. Namun, selepas gagal menyelamatkan seorang ibu dan bayinya pada malam hujan lebat, hidupnya berubah murung hingga meninggal dunia dalam kesunyian. Sejak itu, penduduk kampung sering diganggu dengan suara tangisan bayi dan esakan wanita tua setiap kali hujan turun. Pondok usang peninggalannya masih berdiri di hujung kampung, menjadi tanda misteri yang tidak pernah padam.


<<TANGISAN BIDAN KAMPUNG>>

Nov 21, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 27

 


"Tidak. Sebelum wang kertas itu bertukar menjadi daun seperti asalnya, orang bunian isteri aku akan datang dan menukarkan wang yang betul pada penjual barang tersebut"

Saya menarik nafas panjang mendengar penjelasan datuk itu. Sebenarnya datuk bagaikan berahsia dengan diri saya tentang ilmu kepandaian yang ada pada dirinya. Dia hanya menunjukkan kebolehannya dalam waktu yang tertentu tanpa di duga atau dijangka oleh sesiapa. Berdasarkan pada itulah saya lebih senang mengikutinya walau ke mana-mana.


<<MANUSIA TANPA KEPALA>>

Nov 14, 2025

HANTU KUBUR LAMA DI PINGGIR SUNGAI (LUBUKPUAKA)

 


Di sebuah kampung lama bernama Kampung Jeram Puteh, terdapat sebatang sungai besar yang menjadi nadi kehidupan penduduk. Airnya digunakan untuk mandi, membasuh, dan menangkap ikan. Namun, di tebing utara sungai itu ada sebuah tanah perkuburan lama. Kubur-kubur di situ sudah tidak dikenal pasti warisnya; batu nisannya senget, banyak ditumbuhi semak samun, dan sebahagiannya tenggelam bila air sungai naik.


<<HANTU KUBUR LAMA DI PINGGIR SUNGAI>>

Oct 29, 2025

ECHO LAKE FILES : Bhg 1 (LUBUKPUAKA)

 


Selepas penemuan mayat terapung di Tasik Echo — tasik buatan manusia di pinggir bandar Cyber Vista — polis menjumpai beberapa rakaman audio dan nota pelik daripada projek penyelidikan bunyi bawah air. Rakaman itu memuatkan suara-suara yang tidak sepatutnya wujud.

Siasatan yang bermula secara rutin akhirnya membuka rahsia: tasik itu bukan hanya menyimpan air, tetapi juga gema roh-roh yang terperangkap antara frekuensi hidup dan mati.


>>ECHO LAKE FILES (Bhg 1)<<

Oct 25, 2025

TOK AWANG NGAH EPISODE 35

 


Selepas itu semasa mahu dimandikan, terdapat dapat beratus-ratus ekor lipan di bawah mayatnya. Lipan-lipan itu adalah binatang permainan hantu tinggi yang mahukan mayat Mak Endut. Sekali lagi Tok Aji dapat mengalahkan hantu tinggi itu dengan doa seorang ulama. Memang Katib percaya benar dengan cerita emaknya itu dengan kematian Mak Endut.


<<HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN>>

 
EX - DEEJAY © 2008 Template BySkins4Blogger