Loading ...
Loading ...

Oct 29, 2025

ECHO LAKE FILES : Bhg 1 (LUBUKPUAKA)

 


Selepas penemuan mayat terapung di Tasik Echo — tasik buatan manusia di pinggir bandar Cyber Vista — polis menjumpai beberapa rakaman audio dan nota pelik daripada projek penyelidikan bunyi bawah air. Rakaman itu memuatkan suara-suara yang tidak sepatutnya wujud.

Siasatan yang bermula secara rutin akhirnya membuka rahsia: tasik itu bukan hanya menyimpan air, tetapi juga gema roh-roh yang terperangkap antara frekuensi hidup dan mati.


>>ECHO LAKE FILES (Bhg 1)<<

Oct 25, 2025

TOK AWANG NGAH EPISODE 35

 


Selepas itu semasa mahu dimandikan, terdapat dapat beratus-ratus ekor lipan di bawah mayatnya. Lipan-lipan itu adalah binatang permainan hantu tinggi yang mahukan mayat Mak Endut. Sekali lagi Tok Aji dapat mengalahkan hantu tinggi itu dengan doa seorang ulama. Memang Katib percaya benar dengan cerita emaknya itu dengan kematian Mak Endut.


<<HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN>>

Oct 24, 2025

JEJAK KUKU DI LANTAI BALAIRAYA (LUBUKPUAKA)

 


Kampung Seri Gading adalah sebuah perkampungan kecil yang masih mengekalkan tradisi lama. Di tengah-tengah kampung itu berdiri sebuah balai raya kayu usang, dibina sejak zaman sebelum merdeka. Balai raya ini menjadi pusat segala aktiviti – daripada mesyuarat kampung, kenduri, sehinggalah acara keramaian. Namun, di sebalik fungsinya yang sederhana, ada satu perkara pelik: setiap pagi, lantai balai raya itu akan dipenuhi dengan jejak kuku panjang seperti cakar binatang.


<JEJAK KUKU DI LANTAI BALAIRAYA>

Oct 22, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 26


Barang yang datuk mahu saya adakan. Datuk melipatkan daun sirih menjadi tujuh bucu dan diletakkan atas tapak tangan kiri. Saya lihat daun sirih itu terus layu bagaikan kena bahang panas. Dari celahcelah jari datuk keluar asap menipis naik bersama bau kemenyan. Datuk melekapkan ke leher Uda Lodin. Uda Lodin melompat dan menjerit. Sakit perutnya serta merta hilang. Daun sirih yang dilengkapkan ke pangkal leher Uda Lodin datuk ambil dan terus meramasramasnya hingga hancur. Dari tapak tangan kiridaun sirih masih lagi elok dan segar.


>>ISTERINYA JADI KELIP-KELIP<<

Oct 19, 2025

ASRAMA LAMA DI BUKIT SERAYA (LUBUKPUAKA)


Sebuah bangunan asrama peninggalan kolonial di atas Bukit Seraya ditinggalkan kerana dipenuhi gangguan. Pelajar dan warden sering terdengar bunyi kawad tentera pada tengah malam, bisikan dalam bahasa asing, dan kelibat murid menembusi dinding. Lebih menyeramkan, sebuah buku catatan lama yang ditemui mempunyai nama salah seorang pengunjung tertulis di muka terakhir, lengkap dengan tarikh hari itu. Hingga kini, bangunan itu masih berdiri sunyi, menjadi misteri siapa sebenarnya “penghuni baru” yang dipanggil ke sana.


<<ASRAMA LAKA DI BUKIT SERAYA>>

Oct 18, 2025

TANGISAN DI BAWAH POKOK BIDARA (LUBUKPUAKA)


Seorang perawat ruqyah bernama Ustaz Rahim dipanggil untuk merawat seorang wanita muda yang diganggu saka warisan keturunan. Namun, setiap kali proses rawatan dimulakan, tangisan halus kedengaran dari luar rumah, tepat di bawah pokok bidara yang digunakan untuk air mandian ruqyah. Apabila misteri tangisan itu terbongkar, Ustaz Rahim menyedari bahawa saka itu bukan sekadar warisan — tetapi roh makhluk yang pernah terikat dengan ilmu nenek wanita itu.


<<TANGISAN DI BAWAH POKOK BIDARA>>

Oct 17, 2025

TOK AWANG NGAH EPISODE 33


Sebaik saja dia sampai di dapur berdebar juga hatinya melihat tingkap yang terbuka tertutup dengan sendirinya. Insil tingkap juga ditutupkan seperti ditolak tangan manusia. Lama Kasman tertegak di pintu masuk ke dapur kerana seolah-olah apa yang dilihatnya berlaku dalam mimpi saja.


<MUKA SEBESAR TINGKAP MENJENGAH>

Oct 16, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 25


Perkara pertama yang di lakukan oleh datuk ialah pergi melawat tanah perkuburan. Ada beberapa perkara yang perlu datuk lakukan di situ. Datuk hampir mahu membatalkan kerjakerjanya itu apabila mengetahui jenazah perempuan itu dikebumikan ke Kampung Terung dan bukannya di Kuala Terung.

Oct 15, 2025

SUMPAHAN HARIMAU PUTIH (LUBUKPUAKA)

 


Seorang pakcik kampung bernama Pak Salleh, bekas pawang tua, pernah menceritakan asal-usul sumpahan tersebut kepada Faris. Menurutnya, beratus tahun dahulu, seorang pendekar hebat bernama Tok Bakar membuat perjanjian dengan makhluk ghaib hutan untuk memperoleh kekuatan luar biasa. Namun, syaratnya ialah roh keturunannya akan dibelenggu sumpahan — berubah menjadi harimau putih jadian setiap kali bulan penuh muncul.


<SUMPAHAN HARIMAU PUTIH>

(SONG) STAND FOR GAZA


 

Oct 14, 2025

TOK AWANG NGAH EPISODE 32


Sudah menjadi kebiasaan Manap Sepet, dia akan ke pekan dengan menaiki basikal sejauh empat batu dari kampung. Pekan itu pun hanya kedai papan sederet yang terdapat sebuah kedai kopi. Di belakang kedai kopi tempat orang bermain mahjong. Manap Sepet sekali sekala main mahjong juga di belakang kedai itu. Kalau dia tidak ada duit dia akan menebeng saja memerhati orang lain bermain. Di kedai kopi itu Manap Sepet duduk menghabiskan masanya sampai jam 11 malam baru balik.

Oct 12, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 24


Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut.

JALAN BERHANTU SUNGAI KERAMAT (LUBUKPUAKA)

 


Sebuah jalan lama di pinggir kampung, sempit dan sunyi, dikenali sebagai Jalan Sungai Keramat. Pernah menjadi laluan utama, tetapi kini ditinggalkan kerana terlalu banyak tragedi. Pemandu sering diganggu kelibat wanita berpakaian putih yang menahan kenderaan, tangisan bayi di tengah malam, dan ketawa seram yang muncul tanpa wajah. Ada yang percaya jalan itu dihuni roh seorang wanita dan bayinya yang mati dibunuh lalu dicampakkan ke sungai. Hingga kini, setiap kali hujan atau malam Jumaat, gangguan itu masih kedengaran di sepanjang jalan.


-JALAN BERHANTU SUNGAI KERAMAT-

Oct 11, 2025

STAND FOR GAZA

 


Oct 8, 2025

LUBUKPUAKA : SERUAN DARI LANGIT PETANG

 


Setiap kali azan petang berkumandang, seorang wanita muda bernama Liyana akan terdengar suara memanggil namanya dari arah langit. Pada mulanya disangka gangguan jin biasa, namun lama-kelamaan, suara itu semakin dekat — seolah-olah menuntut sesuatu. Dalam ikhtiarnya mencari rawatan, terbongkar rahsia lama tentang saka warisan yang tidak pernah dihapuskan oleh keturunannya sendiri.


=SERUAN DARI LANGIT PETANG=

Oct 7, 2025

KOYAN FM : SEJARAH PAHANG


Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. 

Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.


<<ASAL USUL NAMA NEGERI PAHANG>>

Oct 4, 2025

LUBUKPUAKA : KISAH MISTERI DI FELDA SUNGAI KOYAN


Gangguan bermula perlahan. Anak-anak kecil mula bercakap dengan "kawan baru" yang tidak dapat dilihat sesiapa. Lembu peliharaan mati dengan tubuh terkoyak dari perut ke rahang. Lampu jalan dekat Blok 13 menyala dan padam sendiri, walau kabelnya sudah lama putus.

TOK AWANG NGAH EPISODE 29


Sebaliknya apabila Mat Sunud sampai di rumah Bahar, beberapa orang yang menemani pengantin lelaki juga menjadi cemas kerana Jabal terlentang di hujung serambi mengerang-ngerang sakit kepala. Dia juga masih belum lagi memakai pakaian pengantin untuk majlis berinai. Sementara di khemah di hujung halaman, masing-masing belum mengetahui peristiwa yang menimpa kedua-dua pengantin. Mereka asyik mendengar permainan pancaragam yang mendendangkan lagu-lagu merdu.


Oct 3, 2025

LUBUKPUAKA


Amira, seorang doktor pelatih, diarahkan mengambil beberapa peralatan lama yang masih disimpan di bilik berhampiran ruang pembedahan itu. Walaupun hatinya berat, dia akur. Tangannya menggenggam lampu suluh kecil, kerana lampu di kawasan itu sering berkelip-kelip.

PENGISIAN ROHANI SETIAP JUMAAT (12:50 PM)

 





Oct 2, 2025

TOK AWANG NGAH EPISODE 28

 


Tidak bertangguh lagi dia menyuruh Tahrim ke Kampung Hilir menjemput ayah saya. Malam itu juga ayah saya ke rumah Tok Sagak. Ketika ayah saya sampai keadaan Tok Sagak masih tidak berubah, tetapi mulutnya sudah berbuih putih. Mungkin juga buih itu berpunca dari Surah Yassin yang tidak turun ke kerongkongnya.


PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK

FUNGKUR FM : SELEKSI BAND PILIHAN DAN SOLO (KHAMIS, 5:00 ptg)

 




Oct 1, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 21



Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.

 
EX - DEEJAY © 2008 Template BySkins4Blogger