Loading ...
Loading ...
Showing posts with label Bercakap Dengan Jin. Show all posts
Showing posts with label Bercakap Dengan Jin. Show all posts

Jan 26, 2026

LORONG SUNYI JABATAN FORENSIK

 



Jam hampir menunjukkan pukul 11 malam. Bau ubat yang menusuk hidung masih kuat di udara hospital lama itu. Suasana senyap, hanya sesekali bunyi roda troli jururawat melintasi koridor.

Arif, seorang pembantu perubatan baharu, ditugaskan menghantar laporan ke Jabatan Forensik. Walaupun dia tahu kawasan itu terletak di bahagian paling hujung hospital, dia tidak berani membantah. “Cuma jalan terus, ikut lorong kiri, sampai hujung nanti kau nampak papan tanda Forensik,” pesan jururawat senior.


Jan 14, 2026

KERIS BERDARAH DARI PETI PUSAKA

 


Di hujung sebuah kampung lama, berdiri sebuah rumah kayu pusaka yang diwarisi turun-temurun. Rumah itu menyimpan banyak rahsia, termasuk sebuah peti kayu jati yang tidak pernah dibuka sejak arwah moyang Afiq meninggal dunia lebih 70 tahun lalu.


<<KERIS BERDARAH DARI PETI PUSAKA>>

Dec 29, 2025

TOK AWANG NGAH EPISODE 36

 


Haji Sirat tenang sahaja menerima tentang perkabaran dari anaknya mengenai anjing kesayangan anaknya itu telah mati ditembak oleh Ketua Kampung.

Anjing Saleh anak kepada Haji Sirat adalah anjing yang penghabisan dalam kampung ini yang mati ditembak atas kehendak ramai setelah bermufakat di masjid dua minggu lalu.

Kampung ini sudah tidak ada lagi anjing. Anjing-anjing dalam kampung ini telah dikehendaki dihapuskan kerana sebilangan masyarakat dalam kampung ini berpendapat bahawa anjing-anjing dalam kampung ini telah dirasok hantu.


<<HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS>>


Dec 17, 2025

TANGGA KE TINGKAT TUJUH (LUBUKPUAKA)


Seorang pengawal keselamatan malam di sebuah bangunan lama di bandar menyedari sesuatu yang mustahil — setiap kali waktu senja, dia terlihat seseorang menaiki tangga menuju ke “tingkat ketujuh”. Masalahnya, bangunan itu hanya mempunyai enam tingkat. Apabila dia memberanikan diri untuk mengikut langkah misteri itu, dia menemui sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat oleh manusia.


<<<TANGGA KE TINGKAT TUJUH>>>

Nov 21, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 27

 


"Tidak. Sebelum wang kertas itu bertukar menjadi daun seperti asalnya, orang bunian isteri aku akan datang dan menukarkan wang yang betul pada penjual barang tersebut"

Saya menarik nafas panjang mendengar penjelasan datuk itu. Sebenarnya datuk bagaikan berahsia dengan diri saya tentang ilmu kepandaian yang ada pada dirinya. Dia hanya menunjukkan kebolehannya dalam waktu yang tertentu tanpa di duga atau dijangka oleh sesiapa. Berdasarkan pada itulah saya lebih senang mengikutinya walau ke mana-mana.


<<MANUSIA TANPA KEPALA>>

Oct 24, 2025

JEJAK KUKU DI LANTAI BALAIRAYA (LUBUKPUAKA)

 


Kampung Seri Gading adalah sebuah perkampungan kecil yang masih mengekalkan tradisi lama. Di tengah-tengah kampung itu berdiri sebuah balai raya kayu usang, dibina sejak zaman sebelum merdeka. Balai raya ini menjadi pusat segala aktiviti – daripada mesyuarat kampung, kenduri, sehinggalah acara keramaian. Namun, di sebalik fungsinya yang sederhana, ada satu perkara pelik: setiap pagi, lantai balai raya itu akan dipenuhi dengan jejak kuku panjang seperti cakar binatang.


<JEJAK KUKU DI LANTAI BALAIRAYA>

Oct 22, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 26


Barang yang datuk mahu saya adakan. Datuk melipatkan daun sirih menjadi tujuh bucu dan diletakkan atas tapak tangan kiri. Saya lihat daun sirih itu terus layu bagaikan kena bahang panas. Dari celahcelah jari datuk keluar asap menipis naik bersama bau kemenyan. Datuk melekapkan ke leher Uda Lodin. Uda Lodin melompat dan menjerit. Sakit perutnya serta merta hilang. Daun sirih yang dilengkapkan ke pangkal leher Uda Lodin datuk ambil dan terus meramasramasnya hingga hancur. Dari tapak tangan kiridaun sirih masih lagi elok dan segar.


>>ISTERINYA JADI KELIP-KELIP<<

Oct 16, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 25


Perkara pertama yang di lakukan oleh datuk ialah pergi melawat tanah perkuburan. Ada beberapa perkara yang perlu datuk lakukan di situ. Datuk hampir mahu membatalkan kerjakerjanya itu apabila mengetahui jenazah perempuan itu dikebumikan ke Kampung Terung dan bukannya di Kuala Terung.

Oct 12, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 24


Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut.

JALAN BERHANTU SUNGAI KERAMAT (LUBUKPUAKA)

 


Sebuah jalan lama di pinggir kampung, sempit dan sunyi, dikenali sebagai Jalan Sungai Keramat. Pernah menjadi laluan utama, tetapi kini ditinggalkan kerana terlalu banyak tragedi. Pemandu sering diganggu kelibat wanita berpakaian putih yang menahan kenderaan, tangisan bayi di tengah malam, dan ketawa seram yang muncul tanpa wajah. Ada yang percaya jalan itu dihuni roh seorang wanita dan bayinya yang mati dibunuh lalu dicampakkan ke sungai. Hingga kini, setiap kali hujan atau malam Jumaat, gangguan itu masih kedengaran di sepanjang jalan.


-JALAN BERHANTU SUNGAI KERAMAT-

Oct 8, 2025

LUBUKPUAKA : SERUAN DARI LANGIT PETANG

 


Setiap kali azan petang berkumandang, seorang wanita muda bernama Liyana akan terdengar suara memanggil namanya dari arah langit. Pada mulanya disangka gangguan jin biasa, namun lama-kelamaan, suara itu semakin dekat — seolah-olah menuntut sesuatu. Dalam ikhtiarnya mencari rawatan, terbongkar rahsia lama tentang saka warisan yang tidak pernah dihapuskan oleh keturunannya sendiri.


=SERUAN DARI LANGIT PETANG=

Oct 4, 2025

TOK AWANG NGAH EPISODE 29


Sebaliknya apabila Mat Sunud sampai di rumah Bahar, beberapa orang yang menemani pengantin lelaki juga menjadi cemas kerana Jabal terlentang di hujung serambi mengerang-ngerang sakit kepala. Dia juga masih belum lagi memakai pakaian pengantin untuk majlis berinai. Sementara di khemah di hujung halaman, masing-masing belum mengetahui peristiwa yang menimpa kedua-dua pengantin. Mereka asyik mendengar permainan pancaragam yang mendendangkan lagu-lagu merdu.


Oct 1, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 21



Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.

Sep 25, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 20

 


“Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari menghukumnya. Dengan kesempatanyang kita berikan, boleh membuat mereka insaf dan kembali ke ajaran Islam yang sebenamya”, itulah alasan yang diberikan oleh datuk pada Din Kerani.


Sep 19, 2025

TAMAR JALIS EPISODE 19

 



“Pukaunya sudah menjadi,” bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya.Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang samar‐samar itu, saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering. Tengkorak itu masih juga mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan-akan asap. Menurut datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang mati dibunuh, ketika hujan panas.


Sep 17, 2025

LUBUKPUAKA : MENU SIMPLE

 


Ada yang percaya, harga murah ketika itu menjadi tarikan utama.

“Saya dan rakan sekerja hanya memerhati dari jauh. Pernah cuba turun waktu rehat tapi bila lihat barisan, terus patah balik,” kata seorang penjawat awam yang berkongsi pengalaman.

Namun, segalanya berubah pada suatu hari Jumaat apabila seorang rakan pejabatnya menawarkan untuk membelikan hidangan itu di kedai tersebut buat mereka semua.


<<<MENU 'SIMPLE' RAMAI SANGGUP BERATUR LAMA>>>

Sep 16, 2025

TOK AWANG NGAH : EPISODE 25

 


Sebab itu Kasan Tobek dimandikan amalan apung apabila dijirus air 7 kuala sungai. beberapa kali Kasan Tobek jatuh tersungkur, tidak pernah pun dia mengalami luka kepala lutut. ketika umurnya 10 tahun pun Kasan Tobek tidak berasa sakit apa - apa tatkala jari kakinya ditusuk lidi enau hingga tembus sampai ke sebelah.


<<<Mandi Air 7 Kuala>>>

TAMAR JALIS : EPISODE 18

 


Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.


<<<DI GANGGU LEMBAGA HITAM>>>

 
EX - DEEJAY © 2008 Template BySkins4Blogger