Di hujung sebuah kampung terpencil, berdiri pokok tualang tua yang dikatakan menjadi tempat bersemayam makhluk halus. Tiga pemuda kampung—Razif, Hakim dan Nuar—mencabar pantang larang orang tua dengan mendekatinya pada malam Jumaat. Namun keberanian mereka bertukar mimpi ngeri apabila terdengar jeritan perempuan dari puncak pokok, diikuti kelibat makhluk menyeramkan dengan mata merah menyala dan rambut menjuntai hingga ke tanah. Mereka cuba melarikan diri, tetapi pengalaman itu meninggalkan kesan yang tidak akan hilang, terutama bagi Hakim yang kehilangan separuh penglihatannya. Hingga kini, jeritan dari pokok tualang masih kedengaran, menjadi misteri yang menghantui kampung tersebut.
<<<JERITAN DARI POKOK TUALANG>>>
0 comments:
Post a Comment